Speech by Prime Minister Lee Hsien Loong at the Swearing-In Ceremony
30 May 2006

Tuan Presiden

Rakan-rakan Sejawat

Saudara Saudari Senegara

Pilihan raya umum kali ini merupakan satu peristiwa penting / dalam sejarah Singapura. Rakyat Singapura telah menyokong wawasan dan rancangan-rancangan kita bagi masa depan Singapura. Mereka telah memilih sepasukan pemimpin yang baru, yang mewakili semua bangsa dan latar belakang, termasuk ramai Anggota Parlimen baru daripada generasi selepas merdeka. Mereka telah memberi saya dan pasukan saya mandat yang jelas untuk memimpin negara kita ke hadapan.

Singapura menghadapi banyak cabaran baru dan keadaan yang tidak menentu. Persaingan akan menjadi lebih sengit. Ancaman pengganasan, flu burung, harga minyak yang melambung naik / atau krisis serantau, semuanya mungkin menimbulkan keadaan tidak menentu. Tetapi kita telah bersedia untuk menghadapinya. Kita mempunyai strategi untuk mara ke depan dan mencapai banyak puncak kejayaan yang baru. Kita mempunyai program untuk menangani isu-isu segera, seperti masalah yang dihadapi oleh keluarga berpendapatan rendah dan warga tua. Dengan berusaha secara bersama, kita akan terus maju dan membina masa depan yang cerah untuk diri kita.

Saya dan pasukan saya akan berkhidmat untuk semua rakyat Singapura, dan bekerja dengan anda untuk mencapai yang terbaik untuk negara kita. Kami mengundang lebih ramai rakyat Singapura untuk tampil ke muka, dan menyertai kami demi menjadikan wawasan kita untuk Singapura itu / satu kenyataan.

Sebagai sebuah negara kecil, masa depan kita ditentukan oleh perkembangan besar dunia luar, dan bagaimana caranya kita menangani peristiwa luar tersebut. Ini tentunya memerlukan kepemimpinan yang baik dan rakyat yang bersatu padu. Marilah kita bersatupadu, bergerak maju dan membina kehidupan yang lebih baik untuk semua rakyat Singapura.

 

back to channelnewsasia.com >>