Memupuk kemampanan makanan: Hemat berbelanja menjadi kurikulum sebuah sekolah rendah Singapura
Murid-murid Sekolah Rendah Si Ling mempelajari asas-asas membeli-belah secara berhemat demi mengelakkan pembelian tergesa-gesa, mengurangkan pembelian dan bijak memilih ketika membeli belah.
SINGAPURA: Mereka sibuk membelek barangan untuk melihat sama ada terdapat label-label seperti “Selamat bagi ikan lumba-lumba” atau label yang mempunyai “Sijil makanan laut mampan yang diperakui” pada ikan tuna.
Suara-suara gembira dan teruja kedengaran dalam kalangan murid-murid darjah empat ketika mereka meneliti produk-produk di sebuah EcoMart sekolah mereka.
Dengan dindingnya yang dipenuhi dengan maklumat tentang membeli hasil tempatan, penangkapan ikan berlebihan dan bahan-bahan mampan, "pasar raya" itu adalah kedai konsep mengenai kemampanan di Sekolah Rendah Si Ling.
Ia adalah sebahagian daripada inisiatif program pembelajaran gunaan di sekolah-sekolah untuk memperkasakan pelajar dalam memacu usaha mesra alam sekitar bukan sahaja di dalam sekolah, tetapi juga di rumah dan masyarakat.
Soal kemampanan makanan menjadi tumpuan sekolah-sekolah Singapura pada 2023, kata Menteri Negara bagi Pendidikan Gan Siow Huang dalam ucapannya pada perbahasan belanjawan pada Mac lalu.
Menurut beliau, Kementerian Pendidikan akan menyokong sekolah-sekolah dalam soal memberatkan pengeluaran makanan secara mampan dalam kurikulum, dan menyediakan kemudahan untuk pelajar mengaplikasikan apa yang mereka pelajari tentang pengeluaran makanan dan pengurusan sisa makanan.
BELAJAR TENTANG KEMAMPANAN MAKANAN
Semasa lawatan ke Sekolah Rendah Si Ling pada bulan Februari, CNA melihat guru sains mereka, Cikgu Ashri Shukri, memulakan pelajaran dengan bertanya kepada pelajar jika mereka sering berbelanja keperluan dapur bersama ibu bapa mereka. Kebanyakan mereka menunjukkan bahawa mereka melakukannya.
"Apakah pilihan yang kamu buat di pasar raya memberi kesan kepada alam sekitar?" dia bertanya kepada mereka. Murid-murid menjawab dengan lantang ya.
Kelas kemudian ditugaskan untuk menganjurkan satu perkelahan olok-olok. Para pelajar perlu mencari dan "membeli" tuna, coklat, kertas tisu dan pinggan pakai buang untuk kegiatan tersebut. Tetapi ada satu syaratnya - mereka terpaksa memilih pilihan yang paling mesra alam untuk setiap barang yang dipilih.
Murid-murid itu yang dibahagikan kepada kumpulan tiga atau empat orang, diberikan tablet untuk menonton video tentang topik seperti pencemaran plastik, dan membaca tentang label-label yang sudah dikenali sebagai menunjukkan kemampanan alam sekitar.
Sebagai contoh, label selamat ikan lumba-lumba menunjukkan bahawa syarikat itu menangkap ikan-ikan tuna dengan menggunakan kaedah yang tidak membahayakan ikan lumba-lumba dan melindungi ekosistem marin. Pensijilan Majlis Pengelolaan Hutan (Forest Stewardship Council, FSC) memastikan bahawa produk kayu seperti tuala kertas datang daripada hutan yang diuruskan secara bertanggungjawab.
Label Sijil Kemampanan Makanan Laut yang Diperakui daripada Majlis Pengawasan Marin bermaksud bahawa makanan laut telah ditangkap dengan cara yang memastikan bekalan ikan yang mampan di perairan sekarang dan pada masa hadapan.
Pelajar dibiarkan sendiri ketika mereka mengelilingi EcoMart, berhenti untuk membaca arahan di dinding dan mengisi maklumat pada borang tugas yang diberikan, sambil mengadakan perbincangan yang hangat dengan rakan sepasukan.
Pendekatan ini menggalakkan pelajar menjalankan penyelidikan dan mencari maklumat mereka sendiri, kata Cikgu Ashri kepada CNA dalam temu bual selepas pelajaran tamat.
"Pada akhir-akhirnya, kami mahu menjadikan pembelajaran tentang kemampanan sesuatu yang nyata kepada pelajar, kerana jika kita menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengamalkan cara membuat keputusan yang bertanggungjawab, ia menjadikannya lebih menarik," tambah beliau.
Murid-murid dari tahap yang berbeza juga mempelajari tentang aspek kemampanan makanan yang berbeza. Sebagai contoh, 6 pelajar sekolah rendah belajar tentang bagaimana jarak yang dilalui oleh produk makanan menyumbang kepada perubahan iklim, kata Encik Ashri.
Beliau menambah bahawa tugas para pelajar itu termasuk dalam membuat perbandingan tentang negara asal produk dan jarak perjalanan yang perlu dilalui untuk sampai ke pasaran – sebagai pertimbangan para pelajar sama ada untuk membeli produk tersebut.
Dengan memberi peluang kepada para pelajar untuk menggunakan pengetahuan mereka atau menggunakan maklumat dalam situasi baharu membolehkan pembelajaran yang lebih mendalam. Mereka juga boleh melihat dengan lebih baik keterkaitan (sesuatu perkara itu), kata Cikgu Ashri.
Selepas menjawab beberapa soalan tentang pelbagai label dan cara untuk mengurangkan penggunaan daging dan sisa pembungkusan makanan, murid-murid darjah 4 sekolah rendah itu mengelilingi EcoMart mencari barangan diperlukan untuk berkelah.
Setiap rak di kedai konsep kemampanan itu menyimpan produk yang sama daripada jenama yang berbeza-beza dengan para pelajar berbincang sesama mereka untuk memilih produk yang paling mesra alam.
Kebanyakan daripada mereka cepat menyatakan bahawa salah satu produk tuala kertas mempunyai label FSC manakala dua lagi tidak.
Pelajar-pelajar lain pula giat meneliti tin tuna mencari label yang betul sambil para anggota pasukan mereka supaya mencari bahan-bahan lain.
Dalam mempelajari cara mencari pilihan yang mesra alam di pasar raya, para pelajar diharap akan membawa pulang ilmu ini dan berkongsi dengan ibu bapa mereka.
EcoMart mendidik pelajar bahawa satu tindakan mudah dengan membeli barangan yang mampan boleh membantu dalam mengurangkan pelepasan karbon, memulihara sumber asli dan mengurangkan sisa, kata Encik Ashri.
"Kita memerlukan sebuah kampung (kesedaran peringkat masyarakat) untuk mewujudkan sebuah negara yang mampan. Jadi (semangat itu) tidak sepatutnya berada di peringkat sekolah sahaja, tetapi juga di peringkat keluarga dan masyarakat," sambung guru tersebut.
Beliau menambah bahawa untuk "memulakan kesan riak (ripple effect)", sesebuah sekolah memanfaatkan satu aspek kecil dalam kehidupan seharian yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan pelajar - iaitu kegiatan membeli-belah.
“Kami belajar cara membeli-belah secara mampan dan kami mempunyai frasa slogan baharu ABC - A untuk mengelakkan pembelian impulsif, B untuk membeli kurang dan C untuk memilih dengan baik,” kata Chai Xin Lyn, duta alam sekitar darjah 5 yang telah melalui pembelajaran kemampanan tahun lepas.
"Kami akan menerangkan kepada ibu bapa kami, kemudian kami akan pergi membeli-belah, kami hanya akan mengikut mereka dan menunjukkan kepada mereka label yang berbeza," tambahnya.
Duta alam sekitar yang lain menambah dengan cerita tentang bagaimana mereka menerangkan maksud label yang berbeza kepada ibu bapa mereka. Mereka berkata bahawa ibu bapa mereka mendengar arahan mereka semasa membeli-belah, sambil menambah bahawa ibu bapa mereka gembira dan bangga anak-anak mereka mengetahui perkara ini di sekolah.
"Kadangkala ibu saya apabila pergi membeli-belah dan apabila dia melihat sesuatu yang dijual, beliau akan berkata lebih baik membelinya kerana ia lebih murah," kata Akif Muhammad Adam.
"Saya beritahu kepada ibu bahawa ada baiknya kita tidak membeli barangan jual murah… Adakalanya kami mempunyai senarai barangan yang hendak dibeli, jadi kita ikut sahaja senarai tersebut dan jangan membeli lebih," tambahnya.
Xin Lyn meneruskan: "Pada asasnya, kami mengelak pembelian secara mendadak, tetapi untuk mengelakkannya, kami memerlukan senarai supaya kami boleh berpegang padanya, dan cuba mengelakkan produk lain dengan bekas yang cantik."
Seorang lagi duta alam sekitar Kumaresan Sowmitha menambah: "Ia samalah seperti apabila kita melihat susu coklat, susu strawberi, biasanya kita akan kata 'Saya mahu ini, saya mahu itu," tetapi jangan. Kita hanya perlu mematuhi senarai yang diberikan ibu kepada kita.”
“Ayah saya tidak menulisnya dalam catatan beliau - ibu akan menghantar mesej kepadanya apa yang perlu dibeli dan kemudian dia hanya akan melihat mesej itu dan membelinya. Jika ayah saya mahu sesuatu yang lain dari kedai, dia akan meminta izin daripada ibu saya,” tambahnya sambil tertawa.
"Mereka tidak berfikir seperti, ini adalah (untuk) kanak-kanak kecil, mengapa kita perlu mendengarnya? Mereka lebih seperti, itu anak kita, jadi mereka berusaha untuk mendengar kita."
EcoMart juga menempatkan sebuah kebun kecil hidroponik menegak, yang digunakan dalam pelajaran lain di mana pelajar belajar tentang menanam sayur-sayuran secara tempatan, jelas Cikgu Ashri.
Dalam satu lagi sesi program pembelajaran gunaan, 5 duta alam sekitar utama berpeluang menanam sendiri tanaman sayur hidroponik mereka.
Mereka menanam sawi hijau dan pak choi (sawi putih), dan membawa pulang hasil tanaman mereka." Jumlah yang dihasilkan agak mengejutkan," kata seorang pelajar lain Teo Jing You, sambil menambah bahawa jumlah tanaman itu adalah kurang daripada yang dijangkakan selepas kerja keras menanamnya.
"Pada cuti Disember, kami berkunjung ke pusat-pusat jawatankuasa penduduk dan memperkenalkan kepada mereka pekebunan hidroponik," tambahnya.
Walaupun langkah penting seperti menggunakan panel suria boleh membantu untuk memulihara atau mengekalkan alam sekitar, perkara sekecil seperti tabiat pengguna dalam membeli juga boleh membantu, kata Cikgu Ashri.
Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris.
Baca juga artikel Bahasa Melayu ini mengenai pandangan seorang ibu asuhan yang memilih untuk mengasuh anak orang lain daripada mempunyai anak sendiri.
Ikuti CNA di Facebook dan Twitter untuk lebih banyak artikel.