Skip to main content
Best News Website or Mobile Service
WAN-IFRA Digital Media Awards Worldwide 2022
Best News Website or Mobile Service
Digital Media Awards Worldwide 2022
Hamburger Menu
Advertisement
Advertisement

Malaysia

Anaknya membesar dengan diberi kebebasan tetapi sebaliknya hadapi gangguan pemakanan 

Ibu suri rumah ini memberitahu CNA Insider bagaimana keyakinan untuk membesarkan anaknya dengan cara yang kurang ketat kini terjejas dengan masalah kecelaruan pemakanan yang dialami si anak. 

Anaknya membesar dengan diberi kebebasan tetapi sebaliknya hadapi gangguan pemakanan 
Tiada satu pun punca yang menyumbang kepada gangguan pemakanan. (Foto fail: iStock/globalmoments)

* Nama-nama ini telah diubah. 

SINGAPURA: Ia adalah hari terakhir persekolahan sebelum cuti bulan Jun, dan apabila Ivy* menjemput anak perempuannya dari sekolah, mereka menyangka mereka akan pergi makan tengah hari bersama keluarga.

Sebaliknya, mereka segera singgah ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) KK. “Ibu minta maaf,” Ivy memberitahu anak perempuannya, Sophie*. "Kami perlu memasukkan kamu ke hospital kerana kamu  tidak bertambah baik."

Ia adalah pilihan terakhir untuk ibu bapa Sophie, setahun selepas dia didiagnosis - pada usia 16 tahun - dengan anoreksia nervosa, gangguan pemakanan  yang didasarkan oleh ketakutan yang kuat bahawa berat badan akan meningkat dan obsesi yang tidak sihat dengan senaman.

Dia telah mendapat rawatan berasaskan keluarga, di mana ibu bapanya sendiri menyelia pemakanan anak mereka sehingga si anak mencapai berat badan yang lebih sihat. Sebahagian daripada usaha ini termasuklah kesediaan Ivy dan Sophie membuat kontrak — dengan bantuan ahli psikologi — supaya Sophie mencapai sasaran berat badan bagi setiap temu janji perubatan.

Jika dia gagal mencapai sasaran tersebut bermakna dia akan kehilangan keistimewaan seperti pergi ke kem sekolah, bertemu rakan dan mempunyai akses kepada perantinya. Dan sebagai suri rumah, Ivy adalah orang yang menguatkuasakan pematuhan.

“Saya terpaksa bersikap tegas terhadapnya dan melayannya seperti kanak-kanak kecil,” kata Ivy, 58. Ini menyebabkan Sophie marah, dan ibu dan anak perempuan akhirnya berteriak sesama sendiri.

Di tengah-tengah keadaan ribut itu, berat badan Sophie tidak juga bertambah. Ivy masih ingat melihat makanan yang dibuang ke dalam mangkuk tandas dan mendapatinya berbohong tentang makan serta bersenam secara sembunyi di dalam biliknya.

Inilah sebab mengapa Ivy dan suami akhirnya terpaksa memasukkan Sophie ke hospital pada 2019.

"Saya tidak berasa senang," kenang Ivy. "Saya terpaksa melakukan sesuatu yang saya tidak mahu lakukan, ... tetapi saya percaya ia perlu dibuat  walaupun dia (Sophie) tidak bersetuju."

DENGAR: Adakah saya ibu bapa yang tidak baik … jika anak saya mengalami gangguan pemakanan?

PANGGILAN MENGEJUTKAN DARI SEKOLAH 

Apa yang Ivy perlu lakukan bertentangan dengan apa yang dia bayangkan dirinya sebagai jenis ibu bapa yang diimpikan. 

Ivy menyifatkan cara dia dibesarkan sebagai cara  "tradisional dan ketat". Dan sebagai anak sulung daripada tiga kanak-kanak perempuan, dia terpaksa menolak sedikit sekatan yang dikenakan, seperti ketika dia mendesak untuk mengeritingkan rambut atau menindik telinganya.

Oleh itu, apabila Ivy mempunyai seorang anak lelaki dan anak perempuannya empat tahun kemudian, dia bertekad untuk memberi mereka lebih banyak kemerdekaan daripada apa yang pernah dimilikinya.

"Dunia sedang berubah, jadi kami mahu anak-anak kami lebih yakin secara sosial," katanya. "Selama bertahun-tahun, saya cuba memberi mereka lebih banyak kebebasan ... sesuai dengan umur mereka."

Sebagai ibu suri rumah, dia dapat menjalin hubungan rapat dengan anak-anak. Itulah sebabnya dia terkejut apabila menerima satu panggilan daripada guru pendidikan jasmani menengah empat Sophie. "Berat badan Sophie yang merosot membimbangkan,”  Ivy masih teringat apa yang dikatakan oleh guru itu. 

Daripada menambah berat badan sebagai remaja seusianya, Sophie, yang mempunyai berat kira-kira 48 kilogram ketika dalam pertengahan menengah tiga,  telah mula menurunkan berat badannya — kira-kira 7 hingga 8 kg pada masa itu.
 
"Ini tidak betul," kata Ivy ketika itu. "Berat badannya sekarang tidak terlalu teruk: Ia antara kurang berat badan dan tahap terendah julat sihat."

Hanya apabila dia membawa Sophie ke KKH, dia menyedari bahawa dia telah melihat garis panduan Indeks Jisim Badan untuk orang dewasa, yang tidak terpakai untuk kanak-kanak.

Ivy juga telah mengabaikan beberapa tanda amaran. Sebagai contoh, kira-kira setahun sebelum diagnosis anak perempuannya, Sophie mula menjadi lebih sedar untuk makan secara sihat dan sangat berminat untuk bersenam.

Menyedari hal itu merupakan tamparan kepada keyakinan Ivy sebagai seorang ibu bapa. 

"Kami melakukan beberapa pengorbanan supaya salah seorang daripada kami menjadi suri rumah bagi memastikan kehidupan keluarga yang lebih baik. Namun ada isu-isu dalam hal ini," katanya. "Jadi ada sedikit perasaan gelisah dan keraguan diri."

Tetapi menurut ketua perkhidmatan perubatan remaja KKH, Elaine Chew, walaupun terdapat perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengurangkan risiko kanak-kanak mengalami masalah gangguan pemakanan, "ibu bapa tidak boleh dipersalahkan dengan masalah ini”. 

"Tiada satu pun punca yang menjadi penyumbangnya," kata Chew. Antara penyebabnya mungkin termasuk soal baka dan ciri-ciri keperibadian tertentu - seperti sikap mahu sempurna (perfectionist) dan peranan media sosial.

Jadi bagaimana Ivy membina semula hubungannya dengan anak perempuan beliau dan bagaimana perjalanan mereka menjadikan keluarga mereka lebih utuh? 

Ia dikupas dalam episod Imperfect by CNA Insider yang turut mengandungi cerapan daripada Chew tentang bagaimana hendak mengesan tanda-tanda gangguan pemakanan dalam kalangan anak-anak. 

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris.  

Baca juga artikel Bahasa Melayu ini bagaimana seorang ibu mengorbankan masa bersama anak-anaknya yang kecil untuk berbakti di luar negara. 

Ikuti CNA di Facebook dan Twitter untuk lebih banyak artikel.

Source: CNA/ih
Advertisement

Also worth reading

Advertisement