Perjalanan lebih lancar di kedua belah Tambak dengan zon ekonomi khas Johor-Singapura: PM Lee
SINGAPURA: Penubuhan zon ekonomi khas (SEZ) Johor-Singapura yang dicadangkan seharusnya membawa kepada perjalanan yang lebih lancar bagi mereka yang bekerja di kedua-dua seberang Tambak, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin (30 Okt).
Encik Lee berkata SEZ bertujuan untuk mewujudkan beberapa aturan yang "lebih baik dan lebih mudah" bagi aliran keluar masuk mereka yang perlu bekerja di Singapura dan Johor.
Â
"Mereka boleh masuk dan keluar, kemudian syarikat pelabur di SEZ boleh mendapatkan para pekerja yang diperlukan, dengan campuran yang sesuai antara pekerja profesional, pekerja mahir dengan  pekerja biasa," kata beliau.Â
Encik Lee berkata demikian dalam sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada akhir Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10, di mana kedua-dua pemimpin membincangkan bidang-bidang kerjasama dan isu-isu dua hala yang tertunggak.
Beliau ditanya mengenai bidang keutamaan penubuhan SEZ, yang dijangka menambah baik infrastruktur dan ketersambungan, yang bakal mewujudkan pekerjaan dan sumber pendapatan yang lebih baik untuk rakyat Johor dan Singapura.
Penubuhan SEZ pertama kalinya  diumumkan pada bulan Oktober ketika kedua-dua negara berusaha untuk memulakan projek perdana sebagai kerjasama ekonomi. Bagaimanapun, beberapa butiran operasi - termasuk lokasi tepat SEZ - telah muncul ketika perbincangan berjalan.Â
PM Lee berkata para pegawai kedua-dua negara sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek  SEZ untuk menentukan minat para pelabur dan permintaan pasaran. PM Anwar berkata satu memorandum persefahaman (MOU) mengenai SEZ dijangka ditandatangani pada 11 Jan tahun depan.
Â
“Dalam peringkat awal, saya rasa ada tiga perkara yang perlu dilakukan. Pertama, perbaiki aliran barangan antara kedua-dua negara kerana SEZ mungkin memerlukan aturan seperti cukai khas dan gudang-gudang terikat. Semua ini bermakna aliran rentas sempadan yang lebih mudah,” kata Encik Lee.
Encik Lee berkata SEZ juga harus meningkatkan ekosistem pelabur di Singapura serta di wilayah pembangunan Iskandar di Johor.
“Kita boleh menjadikan sesuatu yang bermakna untuk Iskandar sebagai tempat di mana para pelabur boleh tumpukan perhatian mereka. Ini bermakna bagi syarikat- syarikat di Singapura, mereka boleh menimbangkan untuk mempunyai kehadiran di kedua-dua negara. Ia juga bermakna adanya lebih banyak kelonggaran dan keupayaan untuk melakukan lebih banyak perkara dibandingkan jika mereka hanya berada di Singapura atau Johor sahaja,” tambah Encik Lee.Â
“Oleh itu, kita mempunyai harapan besar. Tetapi pertama-tamanya kita perlu membuat kajian kebolehlaksanaan dan kita perlu merundingkan MOU itu. Kita berharap semua ini dapat dilakukan pada awal tahun depan.”
Encik Anwar pula berkata para pegawai kedua-dua negara akan cuba sedaya upaya mempercepatkan proses itu, sedang beliau akui "garis masa yang sangat singkat" untuk mencapai persetujuan mengenai bidang-bidang yang terangkum di bawah SEZ.
 “Saya harap mereka berjaya. Saya tidak fikir ia adalah masalah yang terlalu rumit kerana (kedua-dua pihak) telah berbincang mengenainya dengan cukup meluas,” kata beliau.Â
ISU DUA HALA TERTANGGUKÂ
Encik Lee berkata perbincangan isu-isu tertangguk timbul ketika Malaysia dan Singapura mahu meningkatkan kerjasama di tengah-tengah landskap global yang semakin menjadi tidak menentu.
"Dalam dunia yang semakin tidak menentu selepas pandemik, kita perlu meningkatkan kerjasama kita, khususnya hubungan ekonomi dan hubungan antara rakyat kita," katanya dalam ucapan pembukaan pada permulaan sidang media.
Beliau juga berkata bahawa isu dua hala yang tertunggak, termasuk persempadanan maritim, penambakan di Pedra Branca, soal air, dan ruang udara, tidak seharusnya menjejaskan hubungan keseluruhan antara kedua-dua negara.
"Ini semua adalah isu penting dan kami akan mempertimbangkannya secara holistik dan konstruktif dalam konteks yang lebih luas dalam hubungan keseluruhan kita," katanya.
Â
"Yang pentingnya isu-isu ini tidak akan dibenarkan mewarnai dan menjejaskan hubungan keseluruhan ini atau menjejaskan banyaknya bidang kerjasama positif antara kita"
Encik Lee berkata beliau yakin bahawa kedua-dua negara boleh mengusahakan cara-cara berkekalan dan saling menguntungkan dalam menghuraikan isu-isu tersebut.
Dalam ucapan pembukaannya, Encik Anwar melahirkan rasa terima kasih kepada Encik Lee atas kepimpinan beliau yang mahu menyelesaikan isu-isu yang telah lama berlarutan.
“Biar saya berterima kasih kepada (Encik Lee) atas kejujuran dan bantuan serta persahabatan yang ditunjukkan … kerana banyak isu ini boleh diselesaikan secara baik atau menghampiri peringkat akhirnya, kerana minat dan kepimpinan serta sokongan anda terhadap usaha kita.Â
“Saya juga harus berterima kasih kepada Singapura atas sokongan mereka dari segi peningkatan pelaburan dan perdagangan ke Malaysia, dan kami pasti akan membalasnya dengan usaha serius untuk menyelesaikan kebanyakan isu tertunggak (yang) kadang-kadang dianggap sebagai perbalahan oleh pihak-pihak (tertentu),” kata Encik Anwar.
PENGURUSAN RUANG UDARA
Mengenai isu pengurusan ruang udara antara kedua-dua negara, Encik Anwar berkata parameter mengenainya telah "cukup dipersetujui".
“Bagi saya ini adalah pencapaian yang luar biasa dari segi hubungan dua hala. Isu-isu yang tertunggak dibincangkan dengan serius… jadi saya perlu  berterima kasih kepada (kedua-dua) pasukan,” tambahnya.
Pada Disember 2018, Malaysia menyatakan hasratnya  untuk mengambil alih semula kawalan ruang udara yang telah diuruskan Singapura sejak 1974 di tengah-tengah pertikaian mengenai laluan penerbangan ke Lapangan Terbang Seletar Singapura.
Pada April tahun berikutnya, sejurus sebelum pemukiman pemimpin ke-9 diadakan di Malaysia, kedua-dua negara mencapai persetujuan untuk menamatkan pertikaian ruang udara itu yang telah berjalan selama beberapa bulan.Â
Di pihaknya, Singapura menyatakan ia akan menghentikan prosedur instrumen sistem pendaratan di Lapangan Terbang Seletar, sementara Malaysia akan membuka kawasan larangan berhampiran sempadannya. Kedua-dua negara juga telah menubuhkan jawatankuasa peringkat tinggi untuk mengkaji semula perjanjian 1974 itu.Â
Kenyataan bersama yang dikeluarkan pada penghujung pemukiman Isnin itu menyatakan, para pemimpin Singapura dan Malaysia bersetuju untuk mengkaji semula bagaimana penyediaan perkhidmatan trafik udara di selatan Semenanjung Malaysia, yang dilaksanakan melalui perjanjian 1974, Â diwakilkan kepada Singapura.
"Semakan ini hendaklah mengikut keperluan ICAO untuk pengurusan trafik udara yang selamat dan cekap serta menampung keperluan operasi semasa dan masa hadapan kedua-dua negara," kata kenyataan itu, merujuk kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). "Kedua-dua pemimpin menugaskan menteri pengangkutan masing-masing untuk berbincang dan bersetuju mengenai satu set prinsip dan keputusan untuk memandu pihak berkuasa penerbangan awam kedua-dua negara bergerak ke hadapan secepat mungkin."
ISU AIR DAN PEDRA BRANCA
Berhubung isu air, yang disifatkan Encik Anwar sebagai isu yang “lama tertangguh”, beliau menegaskan komitmen Malaysia untuk terus membekalkan air kepada Singapura.
Singapura dan Malaysia mempunyai kedudukan yang berbeza mengenai hak untuk mengkaji semula harga air yang dibeli Singapura dari Johor di bawah perjanjian 1962.
“Pendirian kami ialah kami perlu menghormati komitmen bekalan air dari Johor ke Singapura dan kami perlu bekerjasama untuk memastikan Johor akan dapat meningkatkan keupayaan sungai Johor  membekalkan air kepada bagi memenuhi keperluan kedua-dua Johor - yang  semakin meningkat – dan juga untuk Singapura,” kata Encik Anwar.
“Saya rasa daripada menumpukan pada  mekanisme harga, kita juga harus melihat kemungkinan Singapura mengambil bahagian dalam usaha bersama, baik dari segi kajian yang boleh dijalankan serta-merta, dan juga dari segi pengurusan sungai Johor, khususnya dengan negeri Johor.”
Mengenai isu Pedra Branca, Encik Anwar berkata  kedua-dua negara pada tahun lalu telah cuba menyelesaikan isu membataskan sempadan maritim di sekeliling kawasan berbatu strategik di pintu masuk lorong perkapalan yang sibuk.
"Tetapi pendirian kami adalah para peguam negara kedua-dua negara hendaklah menjalankan perbincangan dengan segera untuk cuba  menyelesaikannya," tambahnya.
“Ini adalah kerana saya fikir Malaysia dan Singapura harus mempamerkan bagaimana dua rakan hebat boleh mencuba dan menyelesaikan dalam situasi menang-menang.”
Semasa lawatan rasmi pertamanya ke Singapura pada Januari, Encik Anwar memberitahu media Malaysia bahawa beliau telah menggesa Singapura untuk meneliti aktiviti penambakan di Pedra Branca bagi memastikan ia tidak menjejaskan alam sekitar dan sempadan Singapura dengan Malaysia.
“Itu mesti dimuktamadkan. Saya telah mendapat persetujuan dari Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk mendengar hujah-hujah kami dalam masa terdekat,” katanya ketika itu.
Ini adalah pemukiman pertama bagi Encik Anwar sebagai perdana menteri Malaysia, yang juga merupakan lawatan rasminya yang ketiga ke Singapura. Semasa lawatannya pada Januari, beliau dan Encik Lee menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama dalam bidang ekonomi hijau dan digital.
Pemukiman tahunan itu adalah platform penting bagi pemimpin kedua-dua negara untuk membincangkan isu dua hala dan meneroka bidang kerjasama baharu, secara sejarahnya berjaya menghasilkan beberapa perjanjian penting.
Sebagai contoh pada pemukiman 2018, kedua-dua negara bersetuju untuk memulakan projek Sistem Link Transit Cepat Johor Bahru-Singapura, yang bertujuan mengurangkan kesesakan di Koswe. Projek itu berjalan lancar dan dijangka siap menjelang akhir 2026.
Dalam sidang media Isnin, Encik Lee berkata beliau dan Encik Anwar membincangkan usaha untuk mengurangkan kesesakan di pusat-pusat  pemeriksaan jalan darat kedua-dua negara.
Laluan Koswe antara Johor Bahru dengan Singapura adalah salah satu pusat pemeriksaan darat tersibuk di dunia, dengan kira-kira 270,000 pengunjung melaluinya dari Woodlands di Singapura dan Johor Bahru setiap hari.
Encik Lee turut menyebut pelbagai inisiatif oleh Singapura untuk menjadikan perjalanan rentas sempadan lebih lancar dan cekap, sambil mengekalkan keselamatan sempadan.
Ini termasuk membangunkan semula Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk meningkatkan kapasitinya dan memenuhi jangkaan pertumbuhan jangka panjang dalam pergerakan rentas sempadan. “Saya gembira bahawa PM Anwar mengalu-alukan dan menyokong usaha Singapura,” kata Encik Lee.
TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI
Selain itu, Encik Lee berkata kedua-dua negara bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama mengenai tenaga boleh diperbaharui, sedang kedua-duanya menuju ke arah masa depan mampan dalam penggunaan karbon yang rendah.Â
Singapura telah menyatakan hasratnya untuk mengimport 30 peratus bekalan elektriknya daripada sumber karbon rendah menjelang 2035, manakala Malaysia telah menarik balik larangan eksport tenaga boleh diperbaharui. Malaysia juga menyuarakan cita-citanya untuk meletakkannya di tengah-tengah grid kuasa serantau.
"Kami mahu mencapai perdagangan elektrik rentas sempadan, yang akan menjadi menang-menang bagi kedua-dua negara, dengan tenaga boleh diperbaharui datang dari kedua-dua Semenanjung Malaysia dan  dari Malaysia Timur," kata Encik Lee.
Singapura dan Malaysia juga menandatangani MOU mengenai pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kedua-dua negara.Â
MOU itu akan merangkumi pertukaran pengetahuan dan amalan terbaik dalam bidang seperti pendigitalan, kemampanan dan akses pasaran, dan pelaksanaan aktiviti seperti pameran perniagaan, persidangan dan seminar.
“Melalui MOU baharu ini, PKS Singapura dan Malaysia boleh mengambil bahagian dalam lebih banyak acara padanan perniagaan dan rangkaian untuk mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di kedua-dua negara,” kata Enterprise Singapore dalam satu kenyataan.
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengemas kini Dana Pembangunan Perniagaan Malaysia-Singapura, yang membantu syarikat di kedua-dua negara bersama-sama mengejar peluang di negara ketiga.
Dana yang dikemas kini akan menyokong projek perintis ujian bersama dan dalam bidang seperti ekonomi hijau dan ekonomi digital, yang boleh dilakukan di Singapura, Malaysia atau mana-mana pasaran negara ketiga yang lain.
“Menerusi perjanjian yang dipertingkatkan, syarikat-syarikat Singapura dan Malaysia boleh membentuk perkongsian untuk memanfaatkan keupayaan satu sama lain dan merebut peluang baharu di kawasan-kawasan baru,” kata Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura.
Sebelum menandatangani MOU itu, Encik Anwar turut mengadakan kunjungan ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam di Istana.
“Kami berkongsi banyak persamaan – budaya, persaudaraan dan sejarah. Dan hubungan dan pertukaran tetap antara para pemimpin, penjawat awam dan usahawan kita. Singapura adalah pelabur utama di Malaysia, dan rakyat kita sering menyeberangi sempadan untuk bersantai, mengunjungi tempat-tempat tarikan pelancong satu sama lain.Â
“Ikatan yang dikongsi bersama ini telah membolehkan kita mengharungi cabaran-cabaran  masa lalu. Ia juga membolehkan kita bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran tanpa sempadan yang lebih luas untuk perusahaan, baik tempatan atau asing, supaya kita boleh saling melengkapi dan memaksimumkan potensi ekonomi negara kita dan juga potensi sebagai negara-negara ASEAN,” tulis Presiden Tharman dalam catatannya di Facebook.
Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris di sini.Â