Skip to main content
Best News Website or Mobile Service
WAN-IFRA Digital Media Awards Worldwide 2022
Best News Website or Mobile Service
Digital Media Awards Worldwide 2022
Hamburger Menu

Advertisement

Advertisement

Malaysia

Minuman percuma dari ‘vending machine’: Usaha sebuah keluarga hargai jasa petugas

Keluarga Eric Chiam menyediakan minuman percuma kepada penghantar barang, posmen atau pemandu trak pengangkut sampah di sekitar Yarrow Gardens di Siglap, Singapura.  

Minuman percuma dari ‘vending machine’: Usaha sebuah keluarga hargai jasa petugas
Penghargaan para penghantar barang seperti dirakamkan di akaun Instagram projek minuman percuma keluarga Eric Chiam. (Gambar: Instagram/tyvmdrinks)

SINGAPURA: Berita baik buat mereka yang menyediakan khidmat penghantaran makanan atau barangan, posmen dan pemandu trak sampah. Sekiranya mereka dahaga dan berada di sekitar Yarrow Gardens di Siglap, jangan ragu-ragu untuk nikmati minuman percuma dari mesin air layan diri yang disediakan di luar Rumah No. 13.

Mesin air layan diri itu adalah cetusan idea Eric Chiam dan keluarganya, yang ingin menunjukkan penghargaan mereka kepada para penghantaran dan pemandu atas perkhidmatan mereka.

Sebelum menyediakan mesin layan diri itu pada Januari lalu, Chiam yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan jagaan kesihatan, "akan cuba bertemu dengan pekerja penghantar di pintu pagar rumahnya untuk menawarkan minuman sejuk" kepada mereka, tulis beliau  di hantaran LinkedIn.

Tetapi idea itu sukar dipraktikkan kerana beliau kerap terlepas peluang untuk bertembung dengan setiap  penghantar yang berkunjung ke rumahnya. 

"Idea yang mula-mula sekali tercetus adalah untuk menyediakan sebuah peti sejuk minuman di pintu pagar (rumah), tetapi kami dapatinya agak sukar untuk memasang penutup perlindungan untuknya," kata Chiam. 

“Mesin layan diri adalah (idea yang) masuk akal kerana ia boleh bertahan dengan persekitaran luar rumah dan dalam  memastikan minuman sejuk. Dari situ bermulalah @tyvmdrinks sebagai sebuah projek di rumah.”

Bagi memastikan inisiatif itu berhasil, seluruh ahli keluarga Chiam memainkan peranan masing-masing.

“Anak lelaki pertama mencatat idea dan pertimbangan utama di Google Docs. Logo dan pelekat pada mesin layan diri itu direka oleh anak lelaki kedua menggunakan (aplikasi) Canva. Anak perempuan pula mengendalikan kandungan di Instagram. Si ibu memesan minuman-minuman dan saya bersetuju untuk membiayai projek itu," kata Chiam. 

Mesin layan diri itu mendapat sambutan hangat di akaun Chiam. “Kami berjaya! Sebanyak 637 minuman telah dikeluarkan pada bulan pertama kami beroperasi, menghasilkan purata harian sebanyak 21 tin. Teh hijau dan 100 Plus menjadi kegemaran yang ketara, dan tiada siapa sukakan hojicha (teh hijau Jepun) haha.”

Projek TYVMDrinks (singkatan untuk ‘thank you very much’ - terima kasih banyak-banyak) juga secara tidak langsung mengeratkan hubungan ahli keluarga Chiam selepas mereka meluangkan masa bersama-sama mengendalikannya. 

“Perkara paling menyeronokkan dalam projek ini adalah masa yang dihabiskan bersama anak-anak untuk menokok  minuman (ke dalam mesin). Walaupun ringkas dan tidak sukar melakukannya, ia selalunya menyeronokkan. Kami dapati mesin layan diri yang dijaga dengan baik perlu sentiasa ditambah kuantiti minuman dua kali seminggu,” tulisnya.

Minuman percuma itu pastinya mendapat perhatian beberapa kakitangan penghantaran. "Kakitangan Singapore Post Ltd dan pemandu trak sampah dari Sembcorp Industries Ltd menggunakannya setiap hari," tulis Chiam lagi. 

Dalam pemerhatian keluarga Chiam, para pekerja hantaran Grab dan Lalamove boleh terbahagi kepada dua jenis. Ada yang mengambil minuman itu tetapi ada juga yang  terlalu tergesa-gesa sehinggakan tidak perasan adanya mesin layan diri dengan minuman percuma itu. 

"Kami rasa berita tentang mesin minuman itu masih belum disebarkan dalam kumpulan sembang aplikasi WhatsApp mereka," kata Chiam. 

Sekarang berita mengenainya sudah pun tersebar luas, mereka yang sudah maklum mengenainya bolehlah sampaikan berita ini kepada mereka yang belum tahu.  

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris. 

Baca juga artikel Bahasa Melayu ini tentang usaha membendung pencemaran marin oleh sekumpulan pelajar di Sabah dengan menghasilkan bioplastik dari rumpai laut. 

Ikuti CNA di Facebook dan Twitter untuk lebih banyak artikel.

Source: CNA/nm(ih)

Advertisement

Also worth reading

Advertisement