Skip to main content
Best News Website or Mobile Service
WAN-IFRA Digital Media Awards Worldwide 2022
Best News Website or Mobile Service
Digital Media Awards Worldwide 2022
Hamburger Menu

Advertisement

Advertisement

Malaysia

Asia perlu pembiayaan segera tangani perubahan iklim; Singapura boleh mainkan peranan utama: ADB

Terdapat jurang pembiayaan iklim yang besar di Asia dan global, dengan anggaran menunjukkan bahawa sebanyak AS$5 trilion (RM23 trilion) diperlukan setiap tahun untuk mencapai pelepasan sifar bersih.
 

Asia perlu pembiayaan segera tangani perubahan iklim; Singapura boleh mainkan peranan utama: ADB
Kapal muatan arang batu di sungai Mahakam di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia. (Foto AP/Dita Alangkara)

SINGAPURA: Terdapat keperluan mendesak bagi Asia untuk mempercepatkan usaha pembiayaannya bagi mencapai sasaran pelepasan sifar bersih, kata seorang pengarah serantau Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Rabu (16 Ogos).

Beliau berkata ini semakin lebih penting lagi memandangkan Asia menyumbang sebahagian besar pelepasan global (gas karbon dioksida yang mengakibatkan perubahan iklim). 

“Cabarannya hebat. Lebih 50 peratus pelepasan gas global dunia datang dari Asia dan Pasifik. Menangani perubahan iklim adalah kritikal dan ia perlu dilakukan hari ini,”  kata Encik Jackie Surtani, pengarah serantau ADB untuk Singapura kepada  program CNA Asia First.

Beliau menyatakan kini wujud jurang pembiayaan yang besar di Asia dan peringkat global, dengan anggaran menunjukkan bahawa sebanyak AS$5 trilion (RM 23 trilion) diperlukan setiap tahun untuk mencapai pelepasan sifar bersih.

Encik Surtani menggesa supaya diambil usaha bersepadu yang melibatkan komitmen sektor awam dan peningkatan pelaburan sektor swasta untuk mencapai matlamat berkenaan.

PERANAN SINGAPURA DALAM PEMBIAYAAN IKLIM

Setelah berada di Singapura selama dua bulan, Encik Surtani berkata republik itu boleh memainkan peranan penting dalam memacu pelaburan mampan untuk pembiayaan iklim, memandangkan kedudukannya sebagai hab serantau.

"Singapura benar-benar ekosistem untuk Asia," katanya, sambil menyatakan bahawa bank perdagangan, organisasi pelbagai hala dan banyak syarikat tenaga besar telah memutuskan untuk menubuhkan ibu pejabat mereka di Singapura. 

"Dengan berada bersama-sama pelanggan anda di sini (dan) memahami keperluan di Asia, adalah kritikal," kata Encik Surtani, sambil menambah bahawa krisis pembiayaan iklim memerlukan penyelesaian yang inovatif.
 
Tambahnya, beliau kagum dengan usaha pelbagai kementerian dan badan pemerintah di Singapura, termasuk Kementerian Kewangan dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), atas pendekatan yang berdedikasi untuk menangani isu pembiayaan huraian perubahan iklim. 

Encik Surtani menyatakan bahawa kira-kira 90 peratus daripada loji janakuasa arang batu dunia dengan hayat aset lebih daripada 20 tahun terletak di Asia.

"Jadi ini adalah isu yang bukan sahaja Singapura, tetapi seluruh Asia Tenggara, perlu bekerjasama dan menangani," kata beliau. 

Sekitar 90 peratus loji janakuasa arang batu dunia dengan hayat aset lebih 20 tahun terletak di Asia. (Foto AP/Andy Wong, Fail)

CABARAN MENARIK PELABURAN

Encik Surtani berkata untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam projek infrastruktur tenaga hijau yang besar, yang lazimnya dipacu oleh sektor awam, perlu ada peraturan yang teguh, bersama-sama dengan prospek menarik bagi pulangan pelaburan.

“Isunya bukan sahaja modal, isunya ialah melaksanakan usaha-usaha yang menguntungkan dari segi kewangan. Ini bermakna mewujudkan persekitaran kawal selia yang kukuh di kebanyakan negara,  memastikan bahawa terdapat dasar yang konsisten, dan benar-benar menggalakkan pelaburan sektor swasta,” kata Encik Surtani, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri itu.

"Saya selalu mengatakan transaksi pertama di negara adalah sangat mencabar, tetapi yang kedua dan ketiga adalah lebih mudah untuk dilakukan."

Beliau juga menekankan potensi transformatif kerjasama, memetik contoh Vietnam, di mana sektor tenaga diperbaharui kini berkembang dengan ketara.

Panel solar dan turbin angin di Quy Non, Vietnam. (Foto AP/Minh Hoang)

“Tiga tahun lalu, Vietnam mempunyai sedikit tenaga boleh diperbaharui. ADB telah melakukan enam perjanjian tenaga sedemikian dengan sektor swasta di Vietnam, dan kini bank perdagangan dan pemain lain melihat Vietnam sebagai mempunyai potensi yang kukuh untuk sektor tenaga diperbaharui,” kata Encik Surtani.

Beliau berkata contoh Vietnam mempamerkan keperluan untuk membina rekod prestasi yang konsisten untuk menyemai keyakinan dalam kalangan  pelabur.

MENGUMPUL HUTANG TIDAK MAMPAN

Encik Surtani mengakui bahawa negara mungkin terdedah kepada pengumpulan hutang awam yang tidak mampan semasa melakukan usaha-usaha menangani perubahan iklim. Namun beliau tetap optimistik terhadap prospek negara-negara itu menarik pelaburan ekuiti.

“Isunya ialah terdapat banyak ekuiti (dan) terdapat juga banyak modal. Saya fikir bagi pelabur yang  datang ke Asia, mereka tertarik untuk melihat  pulangan yang stabil, dan ini melibatkan soal  mewujudkan ekosistem (dan) persekitaran (yang sesuai) untuk menariknya. Saya tidak fikir ada sebarang isu dari segi menarik ekuiti yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata bahawa Singapura berada dalam kedudukan "hebat" kerana banyak firma ekuiti swasta yang besar beribu pejabat di negara itu, dan sedang mencari tempat untuk melabur dan menggunakan wang mereka.

Kawasan pusat kewangan Singapura. (Foto: CNA/Syamil Sapari)

Menurut Encik Surtani, walaupun terdapat persaingan dari rantau lain, dengan mewujudkan persekitaran pelaburan yang menarik, Asia boleh meraih hasil yang menggalakkan, bukan sahaja untuk pemeliharaan alam sekitar tetapi juga untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih luas.

“Modal akan pergi ke mana-mana. Adakah Amerika Syarikat menawarkan pulangan yang lebih baik? Adakah Eropah menawarkan pulangan yang lebih baik?” tanya Encik Surtani. 

“Soalnya bagaimana hendak mewujudkan persekitaran yang sesuai di Asia untuk membawa pelabur ke sini, sambil berkata, ‘Lihat, dengan potensi pertumbuhan yang anda ada di Asia, rantau ini masih tetap menjadi rantau yang sangat menarik untuk melabur’.”

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris.  

Baca juga artikel Bahasa Melayu ini mengenai persoalan sama ada gejala cuaca ekstrem kini suatu 'normal baharu'? 

Ikuti CNA di Facebook dan Twitter untuk lebih banyak artikel.

Source: CNA/ih

Advertisement

Also worth reading

Advertisement