Skip to main content
Best News Website or Mobile Service
WAN-IFRA Digital Media Awards Worldwide 2022
Best News Website or Mobile Service
Digital Media Awards Worldwide 2022
Hamburger Menu

Advertisement

Advertisement

Malaysia

Suhu bagaimana yang sesuai untuk alat penyaman udara demi pekerjaan, keselesaan diri

Dengan suhu di luar semakin meningkat suhu yang bagaimanakah paling sesuai ditetapkan untuk alat penghawa dingin dalam bangunan dan rumah? Program Talking Point meninjau kenapa suhu 25 darjah Celsius disyorkan oleh pakar-pakar. 

Suhu bagaimana yang sesuai untuk alat penyaman udara demi pekerjaan, keselesaan diri
Hos program Talking Point Diana Ser meninjau kesan perbezaan suhu yang ditetapkan bagi alat penghawa dingin.

SINGAPURA: Ketika Lee Kuan Yew menjadi perdana menteri Singapura pada 1959, perkara pertama yang dilakukannya adalah memasang penghawa dingin di bangunan-bangunan pemerintah. Dalam fikirannya, alat penyaman udara adalah kunci bagi membolehkan para pekerja menjalankan tugas dengan cekap.

Tetapi pada suhu sejuk yang bagaimana harus ditetapkan untuk membolehkan seseorang pekerja menjadi lebih produktif? Apakah suhu itu pada paras 21 darjah Celsius atau lebih tinggi lagi? 

Para penyelidik di Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) mempunyai jawapannya.

Mereka telah mendapatkan penyertaan beberapa  peserta dalam satu eksperimen untuk menghuraikan permasalahan itu dengan para peserta di tempatkan dalam dua bilik dengan suhu yang berbeza. Menurut kajian mereka, para peserta dapat melakukan sesuatu  secara kognitif lebih cepat pada suhu 25 darjah Celcius, dibandingkan kalau berada pada suhu yang lebih rendah. 

Ini adalah salah satu cara yang menunjukkan bahawa dengan meletakkan suhu penyaman udara pada tahap lebih tinggi mempunyai kesan.

Salah seorang peserta melakukan beberapa ujian tugasan kognitif dengan menggunakan komputer.

Program Talking Point telah membuat tinjauan untuk mendapatkan kepastian mengenai kesan-kesan sedikit perubahan pada suhu penghawa dingin – kesannya kepada daya penghasilan, bil eletkrik dan kepada iklim. Ia juga meninjau cara-cara bagaimana kita dapat terus menikmati udara nyaman walaupun suhu meningkat di luar. 

SUHU BILIK HANGAT, TAPI TUBUH BERASA SEJUK 

Apa yang ditetahui daripada sains adalah badan manusia mengawal suhu dalamannya, dengan mengekalkannya secara ideal pada kira-kira 37 darjah Celsius. 

Di dalam bilik yang lebih sejuk, tubuh kita menggunakan lebih banyak tenaga untuk menjana haba, mengetepikan hanya sedikit tenaga untuk tugas-tugas bersifat mental.

Dalam ujian yang dilakukan di SUSS, di mana tahap suhu yang ditetapkan dan tempoh reaksi bertindak dijadikan kayu ukur daya penghasilan, para peserta dapat melakukan ujian dengan tahap ketepatan yang hampir sama apabila suhu bilik ditetapkan pada 25 darjah Celsius dan tidak 21 darjah Celsius. 

Skrin komputer yang menayangkan keputusan ujian suhu pejabat Talking Point.

Itu bukan satu-satunya sahaja hasil kajian. “Ia amat menarik dari segi fisiologi," kata pengendali ujian tersebut profesor bersekutu SUSS, Emily Ortega. "Bagi suhu kulit, adalah agak jelas bahawa ia terus turun dalam keadaan yang sedikit lebih panas."

Penumpuan pada suhu kulit yang lebih rendah dan tempoh tindak balas yang lebih cepat menunjukkan bahawa 25 darjah Celcius sebagai lebih kondusif untuk bekerja. Sebelum ujian dijalankan ramai peserta menganggap bahawa semakin sejuk bilik, semakin tinggi produktiviti mereka.

"Sekarang kami mempunyai beberapa bukti untuk mencadangkan bahawa apa yang kita fikirkan tidak semestinya apa yang kita dapat," kata seorang lagi pengendali ujian Ooi Seok Hui.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan memang menasihatkan supaya suhu penyaman udara ditetapkan pada 25 darjah Celsius sebagai panduan  penjimatan tenaga. Dan terdapat juga penyelidikan di sebalik ini.

Presiden Persatuan Penyaman Udara dan Penyejukan Leong Cheng Wee, memetik jurutera haba terkenal Povl Ole Fanger sebagai berkata suhu yang selesa boleh berkisar antara 22 darjah Celsius dan 27 darjah Celsius.

SAKSIKAN: Apakah suhu terbaik untuk menetapkan suhu penghawa dingin anda? (22:25)

"Kami biasanya cenderung memilih suhu di tengah-tengah," kata Leong. "Lazimnya ini adalah titik paling sesuai: Ia boleh memuaskan hati sekurang-kurangnya 80 peratus orang."

Jadi mengapa bangunan di Singapura begitu sejuk? Ini kerana adalah lebih mudah untuk kita menyejukkan badan daripada kurang menyejukkannya, kata Encik Leong. Mereka yang rasa kesejukan boleh memakai jaket, tetapi mereka yang kepanasan pula tidak mudah  untuk menanggalkan apa yang dipakai. 

PENJIMATAN DAN ALAM SEKITAR

Oleh itu, soalnya sekarang adalah berapa banyakkah penjimatan boleh dibuat jika kita meletakkan suhu penyaman udara di tahap lebih tinggi? 

Dalam ujian yang dilakukan oleh Giridharan Karunagaran, pengarah program penyelidikan Kecekapan dan Kemampanan Bangunan Berkeley Singapura dalam Tropika, suhu penyaman udara di dua bilik seluas 50 meter persegi ditetapkan pada tiga peringkat. 

Suhu pertama ditetapkan pada 22 darjah Celsius, kemudian 23 darjah Celsius, diikuti dengan 25 darjah Celsius – kadar penggunaan kuasanya pula turut diukur.

Penjimatan tenaga daripada 22 darjah Celsius kepada 23 darjah Celsius berjumlah sembilan peratus, atau S$72 (RM246) setahun jika penyaman udara digunakan selama lapan jam sehari, 20 hari sebulan, dengan kadar tarif tidak berubah.

Pada suhu 22 darjah Celsius kepada 25 darjah Celsius pula memberikan penjimatan sebanyak 34 peratus, atau kira-kira S$278 setahun. Bukan itu sahaja. "Anda sememangnya akan menjimatkan lebih banyak tenaga untuk setiap kenaikan (satu) darjah," kata Giridharan.

Selain mengurangkan bil elektrik, meningkatkan suhu penyaman udara juga boleh membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Sistem penyaman udara mengeluarkan haba dari rumah dalam proses yang dipanggil kitaran penyejukan, proses yang sama yang menyejukkan peti sejuk.

Penghawa dingin di rumah.

Proses ini didorong oleh alat pemampat atau kompresor di luar rumah: Ia menggerakkan bahan kimia yang dipanggil penyejuk antara gegelung yang menyambungkan unit luar dan dalam rumah. Ia adalah bahagian yang paling banyak menggunakan tenaga bagi sesuatu sistem penyaman udara.

Sementara itu, bahan pendingin (refrigerant) - terdiri daripada hidrofluorokarbon, yang merupakan gas rumah hijau yang lebih kuat daripada karbon dioksida – yang menyerap haba dari bilik dan mengeluarkannya ke luar.

Satu kilogram bahan pendingin mempunyai kesan rumah hijau yang sama seperti memandu kereta kecil dari Changi ke Jurong (sekitar 41 km) sebanyak 500 kali. Pelepasan penyejukan, yang disebabkan oleh penggunaan tenaga dan penyejuk, menyumbang kira-kira 11 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau Singapura.

Dengan meningkatkan suhu daripada 22 darjah Celsius kepada 25 darjah Celsius, isi rumah boleh mengurangkan pelepasan karbon mereka sebanyak 30 peratus. Setiap kenaikan 1 darjah Celsius mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 10 peratus dan lebih banyak lagi pengurangan kos elektrik.

Silinder yang mengandungi bahan pendingin.

ALAT TAMBAHAN PENYEJUKAN 

Hakikatnya sebahagian penduduk Singapura mungkin tidak begitu cekap dalam soal penyejukan diri. 

Aaron Wu dari Amyth Aircon Services, berkongsi petua penyaman udara dengan 16,000 pengikut syarikatnya di TikTok. Beliau telah mengunjungi beberapa rumah untuk melihat sama ada pengguna alat hawa dinginnya secara tidak sengaja membuatkan penyaman udara mereka beroperasi terlalu keras daripada apa yang perlu. 

Aaron mendapati ada rumah yang menghidupkan penyaman udaranya sedangkan sebahagian tingkap bilik rumah terbuka sedikit. Ukuran kamera termal yang disediakan oleh Talking Point menunjukkan bahawa haba memasuki bilik tersebut.

Ini juga menyebabkan udara sejuk terlepas, kata Wu, dan alat hawa dingin itu terpaksa bekerja "sangat keras" untuk mengekalkan suhu bilik mengikut pada tahap yang ditetapkan. 

Kamera terma yang menunjukkan titik haba dan udara yang lebih sejuk (berwarna ungu), keluar daripada alat hawa dingin.


Selain menutup tingkap dan pintu, pengguna juga boleh meningkatkan kelajuan kipas unit untuk menyejukkan bilik dan tidak perlu menurunkan suhu yang ditetapkan, katanya. "Biarkan udara sejuk tersebar," katanya, "dan anda akan menikmati penyejukan yang lebih cepat".

Menggunakan kipas siling atau kipas berdiri untuk mengedarkan udara sejuk dari penyaman udara juga boleh menurunkan suhu, tambahnya. Ini dipanggil penyejukan hibrid.

Dengan penyejukan hibrid, penyaman udara boleh ditetapkan setinggi 27 darjah Celsius tanpa menjejaskan keselesaan — atau daya penghasilan.  Penggunaan serentak pelbagai alat penyejuk  melibatkan sedikit sahaja tenaga dibandingkan jika  suhu pada alat penyaman udara itu diturunkan. 

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris.   

Baca juga artikel Bahasa Melayu ini mengenai apa itu masalah gangguan pemakanan orthorexia nervosa.

Ikuti CNA di Facebook dan Twitter untuk lebih banyak artikel.

Source: CNA/ih

Advertisement

Also worth reading

Advertisement