Skip to main content
Best News Website or Mobile Service
WAN-IFRA Digital Media Awards Worldwide 2022
Best News Website or Mobile Service
Digital Media Awards Worldwide 2022
Hamburger Menu
Advertisement
Advertisement

Malaysia

Mengapa pemindahan sarang lebah lebih baik daripada dihapuskannya sahaja

Satu kursus yang merangkumi pemindahan sarang lebah akan dilancarkan pada November ini di Universiti Sains Sosial Singapura.

Mengapa pemindahan sarang lebah lebih baik daripada dihapuskannya sahaja
Encik Clarence Chua mengeluarkan sarang lebah dari rumah seorang pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya. (Gambar: CNA/Clara Lee)

SINGAPURA: Seorang bekas guru sains, John Chong tidak menyangka dia akan menjadi pengendali lebah walaupun dalam mimpinya. 

Apabila peluang itu muncul untuk membawa pelajarnya ke sebuah ladang lebah di Malaysia kira-kira 10 tahun lalu, dia tidak bersetuju dengan pekerjaan itu. Encik Chong adalah ketua pegawai keselamatan untuk lawatan itu dan menganggapnya sebagai pekerjaan yang berisiko. 

Sehinggalah pemilik ladang lebah tersebut meyakinkannya bahawa lebah-lebah itu tidak menyengat. Mereka kemudian meneruskan lawatan tersebut dan sejak itu Encik Chong tidak berhenti memikirkan tentang lebah.

Minatnya terhadap serangga itu telah membawanya ke Australia, di mana dia membantu pengendali lebah memindahkan lebah dan akhirnya mempelajari bidang pengendalian lebah selepas hampir 40 tahun mengajar di sekolah.

Pengasas Bee Amazed Gardens itu, yang mengadakan kelas pengendalian lebah pada hujung minggu, mahu menyebar luas ilmu pengetahuannya. 

Lelaki berusia 64 tahun itu sedang bekerjasama dengan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) untuk menghasilkan kursus dalam program Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) mengenai pengendalian lebah.

Kursus itu akan dilancarkan pada November dan ia akan merangkumi pembelajaran tentang bagaimana untuk memindahkan sarang lebah. 

Encik Chong berharap agar mereka yang belajar mengenai lebah dapat menjalankan satu perniagaan melalui ilmu yang diperolehi itu. 

“Bayaran untuk kerja pemindahan semula bukanlah tinggi sangat. Tapi saya berharap dapat meningkatkan taraf ini. Ini adalah perkhidmatan yang sangat berdedikasi,” katanya.

KEMAHIRAN KERJA PINDAH SARANG LEBAH

Ramai orang menghubungi syarikat pembasmi serangga apabila berdepan masalah sarang lebah, tetapi syarikat-syarikat terbabit sering menggajikan pihak ketiga. Ini kerana kemahiran yang diperlukan adalah jauh berbeza dengan kerja penghapusan serangga.

"Kebanyakan pemilik rumah, apabila mendapati terdapat sarang lebah di rumah, mereka hanya mahu menghapuskannya. Mereka tidak kisah sama ada ia diselamatkan atau dimusnahkan. Saya boleh katakan, kebimbangan mereka adalah selalunya mengenai harga. Mereka hanya mahu membayar pada kadar pasaran sekitar S$100 (AS$74) untuk menghapuskannya," kata seorang pengendali lebah Clarence Chua.

Khidmat memindahkan sarang lebah, sebaliknya, boleh mencecah sehingga S$450 kerana risiko dan peralatan yang digunakan. 

Encik Chong, yang juga menyediakan perkhidmatan pemindahan sarang lebah, berkata prosesnya "bukan begitu mudah".

"Jika ia (sarang) mudah dicapai, maka lebih senang, tugas itu dapat diselesaikan dalam tempoh singkat. Tetapi sesetengah tugas adalah lebih sukar (untuk dikendalikan) jadi ia melibatkan usaha yang banyak dan masa yang lama dan kebanyakan orang tidak sanggup membayar upah sebanyak itu," kata Encik Chong.

PINDAH SARANG SEBAGAI PILIHAN PERTAMA

Encik Chua, yang juga pengasas The Sundowner, sebuah pusat pengalaman berasaskan alam semula jadi, berkata dia kini dua kali lebih sibuk sejak beberapa bulan lalu, suatu peningkatan yang dianggapnya sebagai petanda baik. 

Ini bermakna lebih ramai pelanggan kini berfikir dua kali tentang keputusan mereka untuk menghapuskan sarang lebah, katanya.

Seekor lebah menghinggap sarangnya di bumbung Warren Rudman U.S. Court House, Jumaat, 5 Mei 2023, di Concord, N.H. (Gambar AP/Robert F. Bukaty)

Mereka yang berada dalam industri kendalian lebah berkata penglibatan lebih ramai orang dalam bidang itu akan dapat membantu menangani kekurangan kakitangan yang mahir.

Seperti Encik Chong, Encik Chua menggunakan kotak-kotak menyimpan lebah miliknya untuk mendidik orang ramai tentang lebah.

Salah satu tarikan di pusat Encik Chua adalah aktiviti memberi makan kepada lebah dengan debunga pada tangan mereka. Aktiviti ini dibuat bagi mengubah stigma bahawa lebah adalah berbahaya.

Namun katanya, bagi usaha pemuliharaan lebah yang lebih lestari, pihak berkuasa perlu harus terlibat.

Encik Chua berharap agar tindakan untuk memindah semula sarang lebah menjadi pilihan pertama berbanding memilih untuk menghapuskannya. 

"Ia akan menjadi suatu kejayaan besar jika pemilik tanah terbesar seperti SLA (Penguasa Tanah Singapura), NParks, majlis bandaran sekurang-kurangnya mempertimbangkan pilihan ini," kata Encik Chua.

Tambahnya, melindungi lebah madu tempatan akan mengukuhkan ekosistem yang bergantung kepada serangga tersebut. 

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris. 

Baca juga artikel Bahasa Melayu ini mengenai para tukang masak yang memilih untuk berkhidmat kepada pesakit di hospital. 

Ikuti CNA di Facebook dan Twitter untuk lebih banyak artikel.

Source: CNA/nm(ih)
Advertisement

Also worth reading

Advertisement